fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.304)

VIDEO HARI INI: Melihat telatah yang dipaparkan di dalam video terbaru Jinnyboy TV berjudul “Abuden 2” ini pasti anda sendiri pernah mengalaminya. Tengok dan fahami mesej yang cuba disampaikan! Memang rata-rata warga Malaysia gemar bertanyakan soalan sebegini.

Pelakon dan juga pengacara, Didie Alias melangkah setapak lagi dengar bergelar penyanyi. Single pertama berjudul Ping! dengan kolaborasi bersama kumpulan Max 24:7 merupakan lagu pertama Didie yang kini mahu dikenali sebagai Lady Didie. – Kosmo

Antara selebriti Hollywood yang tidak memakan daging kerana merasakan diri mereka terlalu kejam lantaran itu memilih sayur-sayuran sebagai menu diet utama mereka ialah Russell Brand, Kristen Bell dan Kristen Wiig. – CelebBuzz

Salah seorang ahli kumpulan Super Junior, Choi Siwon datang ke Malaysia untuk menjalani penggambaran iklan di Taman Tasik Ampang Hilir (Ampang Hilir Lake Garden). Penggambaran bermula jam 5 petang tadi, dengar cerita anggota Super Junior yang lain akan turut datang ke Malaysia dengan tujuan yang sama. – Murai

Pelakon jelita Bollywood, Aishwarya Rai meluahkan rasa marahnya terhadapa isu rogol di India yang kian berleluasa dan mahu perogol yang bersalah menerima hukuman setimpal. – Daili Chilli

Kumpulan yang popular dengan lagu “Shape Of My Heart”, Backstreet Boys berjanji akan kembali ke Malaysia selepas konsert Twin Tower 2012 mereka yang berlangsung kelmarin. – Astro Awani