fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.296)

VIDEO HARI INI: Muzik Video terbaru Daffi berjudul “Salahkah aku” merupakan single terbaru yang bakal dimuatkan di dalam album terbaru Daffi. Turut sama terlibat di dalam muzik video ini adalah Kaka Azraff, Elfira

Loy dan juga Didie Alias. Boleh tahan bestnya :)

Reaksi peminat terhadap imej rambut baru Bunga Cinta Lestari yang telah memotong pendek rambutnya. – detikHot

Ed Sheeran telah memaafkan sesiapa sahaja yang pernah membulinya di sekolah dan menggelarkan dirinya seorang yang pelik kerana bersikap aneh dan jarang berkawan. – MSN

Keith Foo dan Haniz Zalikha artis terbaru dibawah naungan Astro. – mStar

Dato’ Siti Nurhaliza telah menyumbangkan sebanyak RM20,000 untuk Tabung Wira Lahad Datu dimana RM10,000 adalah dari Siti Nurhaliza Production (SNP) manakala lagi RM10,000 dari SimplySiti Sdn Bhd. – GUA

Tersentuh hati mendengar lagu nyanyian dari anggota kumpulan Girl Generation Taeyeon yang sememangnya punyai bakat luar biasa di dalam bidang nyanyian untuk lagu soundtrack drama terbaru berjudul ‘Wind Blows In Winter‘ . Allkpop