fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.294)

VIDEO HARI INI: Mempersembahkan rancangan televisyen popular Korea Running Man untuk episod yang ke 137. Terdapat pelbagai aksi menarik dari pasangan romantis di dalam rancangan ini iaitu monday blue (Song ji hyo & Kang Gary). Video yang kami tunjuk ini adalah sneak peek keseluruhan episod.

Pelakon cilik yang semakin meningkat naik, Elfira Loy memberitahu sebab mengapa dia gugup ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia 25 (FFM25) edisi karpet merah minggu lalu. – mStar

Setelah pelbagai usaha dilakukan pihak Seniman akhirnya, nasib ahli mereka terbela setelah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim memberitahu bahawa seramai 4,000 Seniman bakal menerima polisi insurans. – Utusan Malaysia

Penulis novel trilogi ‘Fifty Shades’, EL James bakal menerbitkan buku baru berjudul Fifty Shades of Grey: Inner Goddess. – The Hollywood Reporter

Kumpulan Super Junior memuat naik gambar di laman Instagram dengan menunjukkan cara-cara merehatkan minda dari latihan yang memenatkan – Allkpop