fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.293)

Video Hari Ini: Akhirnya, trailer terbaru filem komedi kegemaran ramai, The Hangover 3 telahpun dimuat naik. Apa kata anda?

Dah namapun Justin Bieber apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi tumpuan ramai. Terbaru, Justin Bieber dilihat memakai topeng gas pemedih mata di London. Menurut Justin dia melakukan perkara tersebut sebagai cara gurauan bersama rakan ketika berada di sana. – Us Weekly

Isu kekasih ditahan akibat masalah penggunaan dadah, Yuni Shara jalani terapi hati untuk terus kuat menjalani kehidupan tanpa Raffi Ahmad. – Cumi Cumi

Suki Low masih belum menerima wang tuntutan dari syarikat rakamannya sebelum ini Galaxy Music Sdn. Bhd yag berjumlah RM 417,575.17 seperti diarahkan pihak mahkamah bermula Ogos tahun lalu. Gua

Pelakon yang baru sahaja tamat penggambaran filem ‘Sejoli’ Izara Aishah memberitahu sudah celebrex order terbiasa dengan adegan perkahwinan dan memberitahu tidak berasa teruja kerana disandingkan bersama pelakon bukan kekasih sendiri. Harian Metro

Penyanyi dan juga produser terkenal Korea, G-Dragon tergamam melihat struktur tubuh salah seorang anggota BigBang, Daesung yang ketika itu memakai t-shirt putih lantas memuat naik ke laman twitter sehingga mendapat pujian ramai peminat mereka. – Allkpop