fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.292)

VIDEO HARI INI: Channel makanan prescriptions paxil yang paling digemari di laman Youtube, Epic Meal Time tampil segar dengan menu terbaru mereka Mega Rib Sandwich yang sememangnya tampak mengiurkan.

Pelakon terkenal Korea, Park Min Young mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat-peminatnya yang mengucapkan ucapan selamat hari jadi di laman twitternya. – allkpop

Elly Mazlein yang ditemui di Majlis Tayangan Perdana filem “Awan Dania The Movie” tidak mahu mengulas lanjut mengenai hubungan bersama tunangnya yang juga pengarah Azmi Hatta yang dikatakan telah putus. – mStar online

Filem yang mencatatkan kutipan pecah panggung di Singapura “Ah Boys To Men” sebanyak 1.8 juta yang diarahkan oleh Jack Neo bakal membuat sekuel ketiga mereka “Ah Boy 3”. – Cinema Online

Tidak pernah habis dengan kontroversi, Rihanna tampil berani sekali lagi dengan memuat naik gambar belakang pinggulnya di laman Instagram. – Us Weekly

Pasangan yang kini sedang hangat dilamun cinta, John Mayer dan juga Katy Perry kelihatan mesra bersama di dalam menjalankan aktiviti Hiking. – Eonline