fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.284)

VIDEO HARI INI: Hari ini boleh kami katakan ianya edisi anugerah Oscar & ini video temubual Jennifer Lawrence bersama media selepas acara tersebut selesai. Awesome stuff!

Kalau anda belum tahu lagi, ini merupakan senarai penuh pemenang dan mereka yang membawa pulang anugerah berprestij Oscar untuk edisi tahun 2013. Argo menang Filem Terbaik. Itu sahaja. – Oscar

Dan kemenangan filem arahan Ben Affleck, Argo tidak terlepas daripada kontroversi selepas media di Iran menyelar kemenangan filem ini sebagai tidak lebih dari satu motif politik USA. – Macleans

Aktor Wan Hanafi Su berkata yang juri dalam anugerah filem tempatan hanya memandang bakat bakat muda & melihat pelakon veteran sepertinya di’anggap kelapa tua juga semakin kurang dihargai. – mStar Online

Dua orang ahli kumpulan pop Korea, Victoria daripada f(x) & Changmin (DBSK) di’khabarkan kini bercinta selepas sekeping gambar mereka keluar makan bersama tersebar. Refleksi di’sudu sahaja pun. – Soompi

Bercuti ke Beijing baru baru ini memang satu pengalaman hebat buat Fizo Omar selepas beliau mendakwa hampir mati ketika memanjat tembok besar China. Mujur tiada insiden serius berlaku. – GUA