fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.280)

VIDEO HARI INI: Sanggupkah anda membayar US$47.30 (RM146) untuk minuman dari Starbucks? Lelaki ini berjaya memecah rekod pesanan minuman paling mahal dari rangkaian kedai kopi itu. Heh.

Kami ada dengar yang penyanyi ini tidak gemar untuk berjalan jauh dan terbaru Adele di’khabarkan bercadang untuk mengembangkan kariernya secara tetap di Las Vegas, Amerika Syarikat. – Huff. Post

Anak lelaki kepada Michael Jackson, Paris Jackson kini bertugas sebagai wartawan di Entertainment Tonight dan berkata kepada media yang beliau berazam untuk menjadi pengarah, pelakon & penerbit. – Vulture

Pengarah filem Spider-Man sebelum ini, Sam Raimi berkata beliau belum memiliki keberanian untuk menonton filem The Amazing Spider-Man arahan Marc Webb. Takut kecewa? – Total Films

Kumpulan muzik pop Korea, 2PM mengumumkan acara khas Google+ Hangout di saluran Youtube JYP Entertainment pada 13 Mac 2013 ini untuk berinteraksi bersama para peminat. – Soompi

Kumpulan Indonesia, Zivilia yang popular dengan lagu Aishiteru berhasrat untuk merakamkan sebuah lagu terbaru bergandingan dengan Najwa Latif dalam masa terdekat ini. – mStar Online