fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.277)

VIDEO HARI INI: Peminat tegar Mat Luthfi pasti sudah menonton video terbaru beliau berjudul Hari Jubah ini. Masih kelakar seperti biasa dan kami ingin ucapkan tahniah atas graduasi anda. Heh.

Black yang sebelum ini mahu sembunyikan identiti tunang beliau terpaksa mendedahkan juga kerana kedudukan sebagai seorang selebriti & tunang beliau bernama Cira Khairi. – mStar Online

Model Kate Upton berkata yang beliau tidak tahu yang dia telah terpilih menjadi wajah muka hadapan edisi swimsuit Sport Illustrated buat kali kedua sehingga ianya tersebar di internet. – Page Six

Dua keping gambar yang di’muat naik pereka terkenal, Hatta Dolmat menimbulkan persoalan sama ada Jules Schratter pergi menempah baju pengantin di’temani ibu Yuna sendiri. Hmm – Murai

Akhirnya, Justin Timberlake secara rasmi melancarkan video muzik rasmi untuk single terbaru beliau Suit & Tie yang di’arahkan oleh David Fincher (ya, pengarah filem Fight Club). – ET Online

Sedikit terlambat tetapi ini menarik, seorang gadis Malaysia telah menarik perhatian peminat muzik pop Korea Selatan kerana wajahnya mirip dengan YoonA dari Girl’s Generation (SNSD). – allkpop