VIDEO HARI INI: Filem penuh adrenalin dan aksi, Fast & Furious bakal kembali dengan filem ke-6 mereka dan trailer di’atas merupakan yang pertama, di’tayangkan di perlawanan Super Bowl baru baru ini.

Masih memegang gelaran Ratu Rock Negara, Ella bakal hadir dengan konsert jelajah seluruh Malaysia pada April nanti yang akan berakhir di Kuala Lumpur dengan gaya akustik. – KOSMO!

Ramai memuji persembahan Beyonce di separuh masa Super Bowl hujung minggu lalu & jika anda terlepas, ini imej berformat .GIF untuk tatapan anda — seperti video tidak wujud. – Vulture

Supermodel cun kelahiran Brazil berusia 32 tahun, Gisele Bundchen telah di’lantik sebagai wajah baru jenama kosmetik Chanel. – Gossip Centre

Satu lagi kisah supermodel, kali ini ianya Bar Refaeli yang terlibat dalam iklan terbaru GoDaddy & menunjukkan wanita seksi dan mamat skema memang padanan sesuai. Heh. – TMZ

Laporan terbaru menyatakan yang Selena Gomez meninggalkan kediaman Justin Bieber baru baru ini & sumber terdekat ada mengesahkan yang mereka berdua saling bertemu. Aww. – US Weekly