fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.269)

VIDEO HARI INI: Okay, okay. Ini antara yang terakhir anda dengar tentang Gangnam Style. Versi Jayesslee untuk lagu popular Psy ini agak berbeza dari yang lain, dengarkan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mengumumkan yang persembahan Psy di rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang nanti tidak di’biayai kerajaan. – Astro Awani

Akhirnya Kate Middleton muncul di’khalayak ramai dengan perut yang semakin membesar dan ini pertama kali beliau di’rakamkan di’hadapan kamera dengan imej sebegitu. – US Magazine

Bintang pop Jepun & juga anggota kumpulan AKB48, Minami Minegishi membotakkan kepala meminta maaf selepas kantoi bercinta — satu perbuataan terlarang oleh pihak pengurusan. – Huff. Post

Filem arahan Ben Affleck, Argo sekali lagi membuktikan penguasaan musim anugerah ini dengan pengiktirafan tertinggi dari Directors Guild of America baru baru ini. – CTV News

Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23, Syamsul Yusof kini berkelana lebih sebulan di Bangkok untuk menyiapkan filem KL Gangster 2 yang telah menelan kos sebesar RM4 juta. – Utusan Malaysia