fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.264)

Ini merupakan edisi terakhir artikel ini untuk memberikan laluan kepada pembaharuan untuk 2013, kami akan tampil dengan wajah & imej baru pada 2 Januari 2013. Stay tuned!

Semakin rancak dengan aktiviti selepas keluar penjara — Ariel Noah baru baru ini telah melancarkan barisan kasut rekaan sendiri di sebuah butik di Bandung, Indonesia. – Kapan Lagi

Bapa Shila Amzah, ND Lala mengakui belum berpeluang untuk bersemuka dengan kekasih anaknya, Sharnaaz Ahmad & tidak boleh memberikan apa apa komen lanjut. – Murai

Walapun bintang ini tercalon untuk Oscar, Jennifer Lawrence (gambar) lebih senang untuk duduk di’rumah menonton realiti TV dari keluar rumah seperti selebriti lain. – US Weekly 

Satu laporan menyebut yang adik Kevin Federline, bekas suami Britney Spears mendakwa beliau merupakan ayah kepada anak pasangan itu. Say what? – Gossip Cop

VIDEO HARI INI: Okay, kalau pun anda bukan peminat muzik pop Korea, video muzik yang satu ini harus anda tonton hingga ke’hujung untuk senggama minda — ending agak mengejutkan.