fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.261)

Tahun yang sangat baik untuk Taylor Swift nampaknya — selepas kejayaan besar album Red, penyanyi ini di'nobatkan selebriti paling pemurah untuk tahun 2012. – People

Sudah pun membuka tayangan di Malaysia, Hugh Jackman berkata yang filem Les Miserables merupakan cabaran terbesar untuk beliau lakonkan sepanjang karier. – Just Jared

Menjawab persoalan ramai, Ben Affleck tampil membuat pengumu

man yang beliau tidak akan bertanding untuk kerusi senat mahu pun terlibat serius dalam arena politik. – Huff. Post

Zizan Razak mendedahkan yang ianya satu strategi Jozan untuk tampil kurang lawak dalam Maharaja Lawak Mega kerana takut kering idea di'hujung persaingan. – mStar Online

Agensi Perisikan Pusat (CIA) tidak menggemari filem tentang tangkapan Osama Bin Laden, Zero Dark Thirty yang di'anggap memaparkan maklumat kurang tepat. – RT

VIDEO HARI INI: Mungkin ramai di'antara yang ingin ketahui apakah buah tangan terbaru daripada Les' Copaque, pencipta dan pengeluar jenama Upin & Ipin — ini video khas.

zp8497586rq