Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.255)
Pemenang anugerah Oscar termuda, Adrien Brody sekali lagi berada di Malaysia tetapi kali ini beliau hadir untuk satu aktviti ekstrim bersama Shell di Ulu Sedili, Johor. – NST
Secara eksklusif, Kelly Clarkson sendiri mengirimkan gambar cincin pertunangan beliau dengan kekasih Brandon Blackstock melalui laman sosial WhoSay. – Just Jared
Dalam sebuah video, Justin Bieber telah di'lihat menyerahkan hamster peliharaan beliau kepada salah seorang peminat beliau yang menan
ti di luar sebuah konsert. – TMZ
Tidak cukup dengan kebarangkalian bakal di'penjara, Lindsay Lohan yang turut di'landa masalah kewangan mengakui yang beliau hilang arah dalam hidup. – Daily Mail
Filem Peter Jackson, The Hobbit memecahkan rekod sebagai filem paling laris musim perayaan Krismas dengan kutipan US$85 juta di USA & Kanada sahaja. – Deadline
VIDEO HARI INI: Mungkin ada antara anda yang sudah tonton tetapi kami baru jumpa — barisan model Victoria's Secret 'menyanyikan' semula lagu Justin Bieber. Yummy!