fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.237)

Shila Amzah meminta maaf kepada semua kerana mencium tangan kekasihnya, Sharnaaz Ahmad ketika malam Anugerah Industri Muzik ke 19 yang lalu. – mStar Online

Justin Bieber khabarnya telah pergi makan malam bersama Selena Gomez baru baru ini tetapi hanya bertahan selama lima minit sebelum di’tinggalkan seorang diri. – Just Jared

Video di’sebalik tabir pembikinan filem Istanbul, Aku Datang di Youtube khabarnya telah di’padam atas arahan KRU Studios kerana melanggar hak cipta. Apa cerita? – GUA

Kalau anda fikir selebriti Hollywood sering berbelanja mewah untuk bercuti, ini senarai para selebriti yang tidak melaburkan wang banyak seperti yang kita semua sangka. – The Wire

Taylor Swift pula di’khabarkan telah kembali berpacaran dengan bekas teman lelaki yang juga anggota kumpulan One Direction, Harry Styles. Oh, untuk berapa lama? – Mirror

VIDEO HARI INI: Jinnyboy TV kembali lagi dengan video yang memang memenuhi selera kami, sekurang kurangnya — Unfold Part 2. Enjoice!