Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.235)
Walaupun nama James Bond sering di’kaitkan dengan watak fiksyen perisik MI6 tetapi tahukah anda sehingga hari ini ada 7,672 rekod individu dengan nama tersebut. – Mashable
Ini penangan paling hebat kami rasa terhadap PSY hasil lagu Gangnam Style. PSY di’jemput untuk memberikan ucapan selama 80 minit di Universiti Oxford, United Kingdom. – Arirang
Selepas hampir setahun bergelar suami isteri, Zahiril Adzim & Shera Aiyob bakal bergelar ibu bapa selepas aktress itu sudah mengesahkan yang beliau mengandung lima bulan. – GUA
Tidak lama selepas khabar beliau putus cinta dengan Selena Gomez, Justin Bieber di’khabarkan telah kembali aktif mencari pengganti di pertunjukan fesyen Victoria’s Secret. – Page Six
Menjelang MTV European Music Awards, Ludacris dedahkan yang beliau telah ‘jatuh hati’ dengan pengacara majlis yang akan berlangsung hari ini, Heidi Klum (gambar). – Huff. Post
VIDEO HARI INI: Anda mungkin pernah lihat Harley Morenstein menerusi Epic Meal Time namun kali ini beliau persembahkan 11 buah kereta paling gagal dalam dunia sehingga kini.