Tahukah anda yang kereta konsep Acura, jenama mewah oleh Honda yang di’gunakan Tony Stark dalam filem The Avengers di’dunia realiti bernilai US$10 juta? Yeah. – The Wire
Terima kasih kepada khabar angin di internet, Michael Bay kini serius mempertimbangkan untuk mengambil Mark Wahlberg sebagai teraju filem Transformers 4. – Vulture
Ibu kepada bintang sitkom popular Modern Family, Ariel Winter (gambar) menafikan dakwaan beliau mendera anaknya itu yang kini berada di’bawah jagaan kakak sulung. – People
Menghargai jasa kota New York menjadikan siapa dirinya beliau hari ini, Lady Gaga menyumbangkan US$1 juta untuk tabung bencana taufan Sandy baru baru ini. – Splash News
Kerana faktor usia yang kini mencecah usia 47 tahun, Datuk Hattan tidak berminat untuk mencari pasangan hidup apatah lagi untuk bercinta seperti dahulu. – mStar Online
VIDEO HARI INI: Sony Music telah meraikan 125 tahun sejarah muzik dengan grafiti kreatif di’dinding salah sebuah pejabat mereka, dengan hampir 1,000 tandatangan artis. Heh.