fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.227)

Laporan menyebut yang Russell Brand telah di’saman seorang lelaki yang mendakwa selebriti itu melanggar beliau ketika berjalan kaki awal tahun ini & menuntut US$25,000. – TMZ

Album terbaru beliau Red telah mencatat muat turun lagu lebuh 4.5 juta di Amerika Syarikat sahaja dan Taylor Swift anggun menghiasi muka hadapan ELLE edisi November. – Just Jared

Nampaknya Amber Chia bakal menjadi satu satunya selebriti Malaysia yang di’jemput ke majlis perkahwinan Lee Chong Wei pada 10 & 11 November 2012 nanti. – mStar Online

Selepas lebih setahun berpacaran, penyanyi Ellie Goulding & penerbit muzik Skrillex khabarnya kini sah berpisah & masalah cinta ‘jarak jauh’ antara mereka menjadi punca. – Us Weekly

Semakin di’kenali kerana tempias Gangnam Style, HyunA (gambar) tampil dengan single terbaru Ice Cream dan bercita cita untuk ke peringkat antarabangsa seperti PSY. – detikHot

VIDEO HARI INI: Rasanya anda semua tahu akan taufan Sandy yang sedang melanda Amerika Syarikat kini & Jimmy Fallon terpaksa teruskan program beliau tanpa penonton.