fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.224)

Nampaknya demam Gangnam Style akhirnya sampai ke United Nations apabila Setiausaha Agung UN, Ban Ki-moon menari bersama PSY di New York baru baru ini. – Reuters

Rumah terakhir mendiang Bruce Lee kini bakal di’jual dengan harga US$23 juta selepas rancangan untuk menukarnya kepada muzium di’tolak kerajaan Hong Kong tidak lama dahulu. – RT

Gambar perkahwinan Justin Timberlake & Jessica Biel kini boleh di’lihat & majalah ini khabarnya membayar US$300,000 untuk mendapatkan hak eksklusif penyiaran. – People

Ramai peminat keliru dengan status anak Adi Putra (gambar) yang baru lahir & pelakon itu menjelaskan yang beliau dan isteri sebenarnya mengambil anak angkat. Apa pun, tahniah! – GUA

Peguam Megan Fox telah meminta sebuah laman web untuk menarik balik penyiaran gambar bogel palsu aktress popular itu atau mereka akan berhadapan tindakan saman. – TMZ

VIDEO HARI INI: Ini video dedikasi khas daripada kami buat semua peminat Android lebih lebih lagi selepas Apple malam tadi mendedahkan iPad Mini sebagai produk baru. Heh.