fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.220)

Mengakui belum hilang dari dunia hiburan Malaysia, Misha Omar mengakui yang lagu terbaru beliau berjudul Angin Syurga kurang mendapat sambutan dari peminat. – GUA

Mungkin sudah lupa anak’nya pernah di’pukul oleh lelaki yang sama, ayah Rihanna berkata beliau mahu melihat Chris Brown mengahwini anaknya satu hari nanti. – The Sun

Pasangan yang sering mengacah media & juga peminat tentang perkahwinan, Justin Timberlake dan Jessica Biel merancang untuk berkahwin dengan tema Itali. – Celebuzz

Satu dunia sedang bercakap tentang Brad Pitt (gambar) yang menjadi duta lelaki Chanel No.5 & khabarnya beliau menerima lebih US$7 juta untuk kempen ini. Wow. – Mashable

Pengarah drama bersiri Dalam Hati Ada Taman, Michael Ang meminta semua pihak supaya tidak membesarkan babak cium antara Randy Pangalila & Elfira Loy. – Sinar Harian

VIDEO HARI INI: Kerana Gangnam Style, barat makin berminat dengan dunia hiburan pop Korea & video dokumentari pendek terbitan ABC News mengupas kisah ‘kilang’ bintang k-pop.