fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.214)

Dengan kejayaan Taken 2 menduduki carta carta box-office di seluruh dunia, Twentieth Century Fox Film mengesahkan yang kini bakal wujud filem sekuel Taken 3. Oh kenapa? – The Wire

Sekali lagi dalam perhatian ramai, Lindsay Lohan di’khabarkan telah bergaduh besar dengan ibu’nya sendiri sehingga orang ramai terpaksa memanggil pihak polis. Hebat! – TMZ

Selepas bekerja keras untuk runut bunyi filem James Bond terbaru berjudul Skyfall, Adele kini bersedia untuk berehat dan tumpukan perhatian kepada anak yang bakal lahir. – People

Watak dewasa Tun Siti Hasmah bertukar tangan lagi & kali ini ia’nya milik Eja yang mengambil alih daripada Sofia Jane. Lisa Surihani bakal bawa watak ketika remaja. – Media Hiburan

Pelakon popular Indonesia, Nikita Willy (gambar) berkata oleh kerana terlalu dengan kerjaya masing masing, beliau kini hanya bertemu kekasih Diego Michiels pada malam hari. – detikHot

VIDEO HARI INI: Kalau ada sebuah lagu baru untuk anda dengar hari ini, single terbaru daripada Fazley Yaakob & Altimet berjudul Jaga Jaga ini wajib untuk anda dengar.