fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.209)

Aktress Indonesia, Bunga Citra Lestari berkata yang beliau & suami memang ingin menambah anak tetapi terpaksa tangguh hasrat kerana terlalu sibuk dengan kerjaya. – Kapan Lagi

Sejak mereka di’umumkan menjadi juri American Idol memang sudah seperti ada yang tidak kena dan terbaru Nicki Minaj & Mariah Carey bercakaran di set ujibakat. – TMZ

Kami sahaja atau memang kostum terbaru Iron Man untuk filem terbaru akan datang nampak kelakar? Ini Robert Downey Jr (gambar) dalam kostum rekaan terbaru itu. – Just Jared

Entah apa relevan kisah ini dengan dunia hiburan tetapi jika sesiapa yang berminat untuk memiliki kereta BMW Rozita Che Wan, sediakan duit & hubungi beliau di Facebook. – Murai

Masih ada lagi kisah penceraian mereka & bukti terbaru dari mahkamah mengatakan yang perkahwinan Tom Cruise & Katie Holmes sebenarnya sudah pun berakhir enam bulan sebelum permohonan cerai di’failkan si isteri. – Huff. Post

VIDEO HARI INI: Kalau anda tidak teruja, tidak mengapa. Ini trailer pertama untuk filem terbaru yang di’bintangi Johhny Depp & Armie Harmer — The Lone Ranger. Kami jangkakan yang Tonto akan jadi satu lagi watak unik & ikonik buat Johnny Depp seperti mana Captain Jack Sparrow.