fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.208)

Setelah menjelajah Amerika Syarikat awal tahun ini, Mizz Nina kini bakal mengembangkan kerjaya beliau di bumi Australia dengan melancarkan album beliau di’sana. – mStar Online

Sehingga entri ini di’tulis pun, album Zikir Terapi Diri oleh Hafiz Hamidun masih unggul di tangga ke-4 carta album terlaris di iTunes Malaysia. Lebih popular dari Adele & Coldplay. – Twitter

Ini kelakar. Hero filem Taken 2 yang bakal ke pawagam minggu ini, Liam Neeson (gambar) muncul berbogel dalam The Ellen DeGeneres Show demi kesedaran kanser payudara. – E!

Bukan sesuatu yang mengejutkan untuk pelakon ini. George Clooney di’khabarkan sudah tidak berminat untuk meneruskan hubungan cinta dengan Stacy Kiebler. – The Superficial

Anak perempuan kepada mendiang Elvis Presley, Lisa Marie Presley mencuba selama sehari untuk bergelar ‘orang awam’ dengan menjual fish & chips melalui van. – Daily Mail

VIDEO HARI INI: Model popular Bar Refaeli muncul dengan video viral ala Kickstarter untuk mengumpul dana sebanyak US$10,000 untuk projek video seks beliau. #LOL