fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.207)

Berkata kepada Marie Claire UK edisi November, Taylor Swift (gambar) berkata beliau seorang yang sebenarnya mudah untuk jatuh cinta & masih percaya walau sering kecewa. – People

Tinggal tiga minggu sahaja lagi sebelum anda semua dapat saksikan filem terbaru James Bond, Skyfall di pawagam dan ini gambar terbaru Daniel Craig dalam filem tersebut. – THR

Ini sesuatu yang kami suka untuk perhatikan. Simon Cowell & Will.i.am bercadang untuk menerbitkan program realiti TV untuk mencari insan berbakat setaraf Steve Jobs. – Mashable

Penyanyi Amanda Imani menjelaskan tatu yang ada di’buku lali beliau adalah sekadar pelekat & rasa pelik kerana ada mata yang memerhati sehingga ke buku lali beliau. – mStar Online

Untuk empat tahun berturut turut, Robert Pattinson berjaya muncul sebagai lelaki paling seksi menurut majalah Glamour UK walaupun hebat di’tampar skandal kekasih curang. – TNT

VIDEO HARI INI: Belum reda nampaknya demam Gangnam Style kerana kami masih tegar menulis dan ini merupakan versi lagu tersebut yang di’akustikkan dengan cemerlang.