fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.206)

Kecoh juga apabila Aliff Aziz di’kejarkan ke hospital selepas beliau mengadu sakit dada sebelum membuar persembahan & laporan terbaru mengatakan dirinya telah stabil. – GUA

Sabtu lalu, Anne Hathaway (gambar) & Adam Shulman selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup khas dan hanya di’hadiri oleh 180 hadirin. Ini gambar majlis.  – Just Jared

Selepas kejayaan Gangnam Style, sebuah video sekitar tahun 2010 daripada PSY mula mendapat perhatian dari peminat dan kini sudah pun di’tonton melebih 6 juta kali. – allkpop

Anak pertama beliau sudah pun berusia 1 tahun 2 bulan & Dian Sastrowardoyo kini merancang untuk menambah zuriat dan sudah bincangkan niat bersama suami. – Kapan Lagi

Menjadikan hotel mewah di London sebagai kediaman rasmi, Tom Cruise kini sedang bahagia menjalani kehidupan bujang walaupun sangat merindukan anak’nya, Suri. – People

VIDEO HARI INI: Jika silap langkah, boleh jadi rancangan melamar paling jahanam dalam sejarah tetapi lelaki ini berjaya dengan idea ‘kapal terbang terhempas’ ini.