fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.188)

Kami sebenarnya suka dengan kisah penuh wawasan artis tempatan kita lebih lebih dalam bidang perniagaan dan terbaru, Fizo Omar sedang merancang untuk mengeksport serunding keluaran beliau ke luar negara. – mStar Online

Kisah terbaru yang mengejutkan. Penyanyi Seal yang telah berpisah dengan Heidi Klum (gambar) mendedahkan bekas isterinya itu telah curang dengan meniduri pengawal peribadi sendiri ketika mereka masih berkahwin. – TMZ

Peminat Backstreet Boys, ini wajib tonton. Kumpulan ini telah kembali ke pentas dengan barisan ahli asal buat pertama kali tahun ini untuk Good Morning America. – Just Jared

Berita terbaru berkaitan American Idol, salah seorang juri asal Randy Jackson di'katakan telah meletakkan jawatan sebagai juri tetapi masih kekal dalam rancangan dan bakal bertindak sebagai mentor pula. – Anything Hollywood

Bintang pop Taiwan, Jimmy Lin telah mencipta kontroversi apabila mengirimkan gambar beliau bersama sebuah telefon bimbit yang di'dakwa sebagai model iPhone 5 akan datang dan turut mengelirukan komuniti teknologi. – The Next Web

VIDEO HARI INI: Anda mungkin sudah naik bosan menonton video muzik Gangnam Style mahu pun mendengar lagu'nya setiap hari. Kali ini, saksikan PSY membawakan secara live & lihat hadirin konsert jadi 'gila' dengan persembahan bertenaga beliau.

zp8497586rq