fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.187)

Dalam temubual terbaru bersama majalah Interview, Emma Stone berkongsi cerita tentang pengalaman putus cinta buat pertama kali & beliau rasakan seperti diri'nya 'di'bunuh & mati perlahan'. Melampau perumpamaan. – People

Tidak habis kisah 'jenayah' melibatkan selebriti ini & terbaru Lindsay Lohan di'khabarkan menjadi salah seorang suspek dalam kes kehilangan barang kemas bernilai lebih US$100,000 & bakal ke penjara jika bersalah. – TMZ

Bukan sesuatu yang begitu pelik buat beliau. Laporan terbaru ada menyebut yang Lady Gaga merancang untuk merakamkan semua lagu dalam album terbaru Artpop dalam keadaan bogel, menambah kualiti suara kata'nya. – Pop Crush

Rizal Ashram baru baru ini memenangi sebuah pertandingan lumba berprestij kereta Lamborghini di China & Fasha Sandha (gambar) menyuarakan sokongan kuat berserta doa beliau dalam karier suami'nya itu. – mStar Online

Curiosity yang kini berada di planet Marikh bakal menjadi 'iPod termahal' selepas lagu terbaru Will.I.am bakal di'mainkan 300 juta km jauhnya dari Bumi & akan di'pancarkan kembali ke sini untuk di'dengari oleh pelajar sebagai kajian. Oh teknologi. – Celebuzz

VIDEO HARI INI: JinnyBoy TV kembali lagi & kini mereka menampilkan satu lagi masalah tipikal rakyat Malaysia iaitu personaliti kita semua di'atas jalan raya. Enjoice!

zp8497586rq