fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.182)

Sering di'lihat sendirian tampil di mana mana majlis, gossip liar mengatakan Saiful Apek kini telah bercerai namun pelawak ini menafikan rumahtangga beliau alami sebarang masalah. – GUA

Polis New Zealand memberi alasan mereka menggunakan unit anti pengganas semasa serbuan ke atas rumah Kim Dotcom, pengasas Megaupload kerana bimbang beliau menggunakan 'perut' sebagai senjata. Huh? – BGR

Dalam temubual terbaru, Shia LaBeouf berkata dalam industri perfileman Hollywood sekarang ini tiada rumah untuk inovasi juag kreativiti & mahu lebih terlibat dengan filem indie. No more blockbuster?The Hollywood Reporter

Tidak cukup dengan empayar muzik & perniagaan, Jay-Z bakal mempunyai filem sendiri apabila dua pengarah bertaraf Oscar merakamkan festival muzik anjuran penyanyi rap itu untuk di'jadikan sebuah filem. – Page Six

Walaupun ada khabar mengatakan Kristen Stewart mungkin tidak kembali untuk sekuel, Universal Studios memberi harapan yang aktress itu masih boleh kembali ke set Snow White and the Huntsman selepas isu skandal. – L.A Times

VIDEO HARI INI: Mungkin ramai di'antara anda sudah menonton video muzik Gangnam Style oleh PSY & ini merupakan versi baru berjudul Oppa Is My Style menampilkan HyunA.

zp8497586rq