fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.181)

Patut’lah lama kita tidak dengar khabar berita Cico Harahap yang pernah hampir hampir bergelar Hero Malaya, rupanya kini sedang menetap di Pulau Perhentian & juga bergelar jurulatih penyelam skuda. Heh. – mStar Online

Robert Pattinson tampil buat pertama kali di’kaca televisyen untuk temubual selepas isu skandal Kristen Stewart melalui program The Daily Show & bercakap tentang keadaan beliau serta filem terbaru, Cosmopolis. – Just Jared

Sensasi pop, Taylor Swift (gambar) mengumumkan album baru beliau berjudul Red serta single khas untuk bekas kekasih berjudul Never Ever Getting Back Together. Terus terang sangat tajuk lagu, punah harapan jadi’nya. – NY Daily

Berita yang tidak di’jangka, aktor Jean-Claude Van Damme mengakui yang beliau pernah menjalin hubungan bersama Kylie Minogue sekitar tahun 1994 ketika mereka membintangi filem Street Fighter. Ini 20 tahun punay cerita. – Daily Mail

Hanya kerana rambut, hidup & karier boleh jadi porak peranda. Bersempena dengan imej baru Miley Cyrus yang mendapat reaksi bercampur, ini senarai 11 selebriti yang kucar kacir hanya kerana imej rambut mereka. – The Wire

VIDEO HARI INI: Siapa tidak pernah dengar akan permainan LEGO. Antara permainan kesukaan kami tetapi tidak ramai tahu sejarah sebenar di’sebalik terciptanya LEGO.