Ketika berada dalam penjara, Ariel NOAH telah di’tempatkan di blok tahan yang di’panggil Kampung Atas dan menceritakan pengalaman beliau bertemu figura berpengaruh, Abu Bakar Ba’asyir yang berkongsi nasihat. – detikHot
Peguam kepada penembak rambang The Dark Knight Rises, James Holmes berkata secara terbuka di mahkamah yang anak guam’nya mengalami gangguan mental melampau dan meminta penangguhan perbicaraan. – TMZ
Walaupun studio filem Warner Bros menemui beliau dengan cadangan gila ini, namun Ben Affleck mengakui yang beliau tidak berminat untuk mengarahkan Justin League kerana tiada watak untuk beliau. Huh? – The Superficial
Sembilan minggu kemudian, lagu Carly Rae Japsen (gambar) berjudul Call Me Maybe masih merajai kedudukan tempat pertama dalam senarai Billboard Hot 100 & kini secara rasmi terlama untuk 2012. – Huffington Post
Ada spekulasi liar pihak pembangkang yang mengatakan filem Tanda Putera bakal mencetuskan isu perkauman, Shuhaimi Baba meminta mereka menonton terlebih dahulu sebelum mengkritik & mengeluarkan andaian bukan bukan. – mStar Online
VIDEO HARI INI: Video ini sudah setahun lama’nya tetapi tahukah anda yang Tom Cruise merupakan seorang selebriti yang mampu memandu kereta lumba Formula 1?