fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.173)

Beego yang masih dalam perbicaraan kes khalwat & hangat di’gossipkan dengan Rozita Che Wan berkata beliau bersedia jika dunia seni sudah tidak perlukan diri’nya lagi ketika ini dek perkembangan kerjaya yang perlahan. Huh? – mStar Online

Perenang epik Amerika Syarikat, Michael Phelps kini sedang di’risik oleh eksekutif penyiaran untuk bergelar penyampai program sukan apabila beliau bersara dari menyertai apa apa pertandingan selepas Olimpik 2012 ini. – TMZ

Bintang zaman kanak kanak & popular dengan siri filem Home Alone, Macauley Culkin menafikan laporan yang mengatakan beliau seorang penagih dadah jenis heroin yang sedang hangat di’perkatakan. – Daily Star

Apa lagi yang tidak cukup buat selebriti ini? Selepas bergelar pelakon, penyanyi, usahawan dan kini Beyonce (gambar) khabarnya bakal bergelar pengarah untuk filem biografi beliau sendiri. Siapa pelakon? Ya, Beyonce. – LA Times

Nampaknya hubungan romantis antara Katy Perry danJohn Mayer mungkin benar benar berlaku selepas pasangan ini di’lihat bersama meninggalkan sebuah restoran. – People 

VIDEO HARI INI: Pernah tonton filem Taken lakonan Liam Neeson? Ini trailer parodi untuk filem tersebut tetapi beza’nya si ayah bukan Liam Neeson — tetapi ayah yang normal.