fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.171)

Paramount Pictures mengeluarkan dua buah teaser untk filem terbaru mereka Paranormal Activity 4 yang akan ke pawagam pada 19 Oktober. Kalau berani, sila tonton. – Dread Central

Akhirnya tuan badan bersuara. Emma Watson menegaskan yang khabar angin mengatakan beliau akan menjadi pelakon utama untuk adaptasi filem dari novel Fifty Shades of Grey tidak benar sama sekali. – Too Fab

Penganjur Olimpik London 2012 mengesahkan yang Paul McCartney berserta bintang lain yang membuat persembahan di acara pembukaan tempoh hari hanya menerima bayaran sebanyak £1.00 (RM4.90). – The Star

Pelik tetapi benar. Penyanyi rap Snoop Dogg kini mahu di’kenali dengan nama baru iaitu Snoop Lion selepas menjalani satu upacara kerohanian di Jamaica baru baru ini & bakal muncul dengan album reggae. Huh? – Washington Post

Sempena mengingati 50 tahun pemergian Marilyn Monroe (gambar), ini senarai 50 perkara yang anda mungkin tidak pernah tahu tentang aktress bertaraf lagenda ini. – The Wire

VIDEO HARI INI: Setiap tahun pada 1 Ogos seluruh bandar Warsaw, Poland akan ‘beku’ untuk satu minit sebagai mengenang mereka yang berjuang untuk kemerdekaan pada 1944.