Ekoran tersebarnya skandal bersama pengarah filem Rupert Sanders, Kristen Stewart mengeluarkan satu permohonan maaf secara terbuka buat kekasih beliau sejak tiga tahun lalu, Robert Pattinson. Begitu sahaja? Hmm. – People

Sesuai dengan gelaran hero, Christian Bale meluangkan masa peribadi beliau untuk berkunjung ke Aurora, Colorado melawat mangsa kejadian tembakan pada malam tayangan perdana The Dark Knight Rises minggu lalu. – ABC News


Sharnaaz Ahmad mengakui yang sifat panas baran & cepat melenting beliau kurang di'senangi oleh kekasih hati, Shila Amzah dan berazam untuk berubah demi keluarga & diri sendiri — juga kekasih semestinya. – mStar Online

Nampaknya, zaman sekarang segala benda boleh di'jual beli & di Korea, nombor telefon selebriti ternama seperti semua ahli kumpulan SNSD (Girls' Generation) di'jual semurah US$4.00. Berikan kami semua boleh? Heh. – allkpop

Ingat lagi kisah video lucah palsu beliau? Kali ini pihak polis mengesahkan yang penggodam telah berjaya mendapatkan gambar bogel Carly Rae Jepsen (gambar) dan kini sedang mencari pembeli dari kalangan media. – TMZ

VIDEO HARI INI: Selebriti memang sering menjadi bahan cacian di internet terutamanya Twitter. Video ini menunjukkan selebriti popular membaca tweet yang di'tujukan buat mereka.


zp8497586rq