fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.166)

Hollywood sedang asyik memerhatikan hubungan baru Ashton Kutcher dan Mila Kunis dan dalam masa yang sama mantan isteri, Demi Moore di'katakan patah hati dengan kisah cinta bekas suami beliau itu. Heh. – Daily Mail

Pernah tonton filem Despicable Me? Ya, watak minion comel berwarna kuning daripada filem itu akan mempunyai jalan cerita & filem penuh sendiri yang bakal ke pawagam sekitar tahun 2014. Hidup kita semua bakal sempurna. – The Wrap

Novel erotik berjudul 50 Shades of Grey nampaknya begitu popular di luar sana & proses membawa'nya ke layar perak sudah pun bermula & Emma Watson (gambar) di'khabarkan seba

gai calon terbaik untuk watak utama. – Examiner

Seorang lelaki yang terselamat dalam insiden tembakan di Colorado hujung minggu lalu berhasrat menyaman Warner Bros. kerana wujudkan elemen ganas dalam filem The Dark Knight Rises yang di'dakwa menjadi punca. – The Wire

Katie Holmes muncul buat pertama kali sebagai penghias muka hadapan majalah untuk C Magazine edisi Ogos 2012 dan beliau berbicara kehidupan beliau kini yang lebih tenang bersama Suri selepas bercerai. – Pop Sugar

VIDEO HARI INI: Walaupun video ini memang bertujuan komersial, tetapi ia'nya ada satu suntikan jiwa. David Beckham tampil mengejut buat penyokong sempena Olimpik 2012.

zp8497586rq