fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.165)

Seorang lagi aktress Hollywood terlibat dengan skandal seks apabila video lucah Minka Kelly (gambar) di’khabarkan kini sedang di’lelong dan mencari pembida tertinggi. Ada siapa mahu beli? Heh. – NY Daily News

Pasangan yang sedang di’perhatikan ini nampaknya semakin berani. Ashton Kutcher & Mila Kunis di’lihat berkucupan mesra di’sebuah parti selepas tamat penggambaran filem terbaru aktor tersebut. – E! News

Kalau anda terlepas liputan di kaca televisyen, kalau ada, ini rangkuman ringkas tentang Teen Choice Awards 2012 yang masih di’kuasai Twilight, Justin Bieber, Selena Gomez, Taylor Swift dan papan luncur. – Washington Post

Walaupun sudah berusia 41 tahun, pelakon & model Kavita Sidhu berkata beliau selesa untuk hidup sendiri juga kes kes penceraian yang berleluasa membuatkan beliau fobia untuk berkahwin. Belum cuba, belum tahu. Eh. – mStar Online

Entah timbul dari mana, Lindsay Lohan berkata beliau ingin bekerjasama dengan bintang The Hunger Games, Jennifer Lawrence untuk watak ala filem Thelma & Louise. Seluruh Hollywood kini sedang ketawa. – Crushable

VIDEO HARI INI: Kalau anda rasa anda kenal kehidupan di Kuala Lumpur luar & dalam, video ini akan tunjukkan lebih banyak lagi sisi cool Kuala Lumpur. Enjoice!