Selepas kontroversi yang melanda tahun lalu, penganjuran Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 19 yang bakal berlangsung 17 November 2012 ini menerima sistem penghakiman baru & harapnya tiada lagi isu. – mStar Online
Antara filem yang di'nanti segelintir kelompok peminat tegar, Twilight – Breaking Dawn Part 2 baru sahaja melancarkan barisan poster eksklusif watak watak dalam filem tersebut sebelum ke pawagam November ini. – EW
Pelakon Hollywood Sylvester Stallone telah melantik penyiasat peribadi terkenal, Scott Ross untuk menyiasat akan semua kemungkinan yang boleh menjelaskan kematian anak lelaki beliau, Sage Stallone minggu lalu. – getbacktheex.net
Majalah Marie Claire Afrika Selatan mengambil risiko dengan menampilkan Duchess of Cambridge, Kate Middleton (gambar) sebagai penghias muka hadapan edisi terbaru mereka. Dan ya, ia'nya superimpose. Sangat berani. – People
Entah apa salah penyanyi ini, sekumpulan penggiat internet telah melengkapkan satu undian dengan menghantar Pitbull untuk membuat konsert di Walmart, Alaska. Populasi: 6,191 orang. – Starpulse
VIDEO HARI INI: Bersempena pembukaan filem The Dark Knight Rises seluruh Malaysia bermula hari ini, video sedutan dokumentari sejarah Batmobile sesuai untuk di'tonton.