fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.159)

Selepas mencetus suasana hangat di Malaysia, Justin Bieber kini selamat mendarat di Australia dan media di’sana sudah pun meramalkan yang kunjugan kali ini akan cetuskan lebih kegilaan berbanding 2010. – The Age

Tamat sudah fasa pertama pertaruhan komik ke filem dengan The Avengers, Marvel mengumumkan yang fasa kedua projek ini dengan filem Ant-Man & Rocket Raccoon juga filem sekual Thor & Captain America. – USA Today

Siapa kata superhero bukan perkara serius? Sekumpulan pelajar dari University of Leicester mengambil inisiatif mengkaji fizik di’sebalik keupayaan Batman untuk ‘terbang’ dengan kostum sedia ada. – The Wire

Ada ura ura mengatakan penyanyi ini bakal ke Malaysia hujung tahun nanti, Taylor Swift (gambar) berjaya menduduki carta teratas Under 30 Forbes dengan mengaut US$57 juta sepanjang 12 bulan yang lepas. Wow. – Splash News

Dua juri American Idol, Steven Tyler & Jennifer Lopez telah pun mengesahkan yang mereka akan terus meninggalkan program realiti TV itu untuk perkara lain. Jadi, siapakah yang bakal menjadi pengganti? Hmm. – Just Jared

VIDEO HARI INI: Ketika satu majlis pertandingan kostum Iron-Man di Comic Con 2012, Robert Downing Jr telah hadir sebagai kejutan & isytiharkan diri beliau sebagai ‘pemenang’. Cute.