fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.155)

Semenjak sah bertunang sekitar April 2012 lalu kepada Brad Pitt, ini merupakan pertama kali’nya Angelina Jolie tampil menunjukkan cincin pertunangan mereka kepada umum. Nilai? Khabarnya US$500,000. – Now Daily

Perkembangan kes penceraian berprofil tinggi ini, Tom Cruise menegaskan hari ini bahawa tidak akan ada penyelesaian akhir jikatidak di’berikan hak untuk meluangkan masa berkualiti & bermakna bersama Suri. – TMZ

Anak angkat lelaki berusia 11 tahun kepada penyanyi terkenal, Usher (gambar) telah di’sahkan mengalami kematian otak selepas di’langgar oleh jetski di sebuah tasik di Atlanta. – US

Kami kurang tahu yang selebriti ini ada terbitkan rancangan TV tetapi Jennifer Lopez kini sedang dalam fasa perancangan untuk menerbitkan sebuah rancangan TV dengan tema lesbian. Okay. Kami tunggu. – The Wire

Seperti yang boleh di’duga akan jawapan cliché beliau, Lana Nordin berkata gambar seksi yang tersebar di internet baru baru ini adalah gambar lama & lelaki dalam gambar itu hanyalah seorang rakan. Dan, ia’nya tidak di’sengajakan. Ooh. – MyNewsHub

VIDEO HARI INI: Kami tidak pasti sama ada video ini asli atau sekadar lakonan tetapi ini adalah cara terbaik untuk hancurkan kegembiraan seseorang. Mudah tetapi efektif. #LOL