fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.149)

Dato’ Siti Nurhaliza dalam temubual bersama para wartawan Indonesia menjawab soalan impian beliau untuk bergelar ibu & khabarnya bakal melancarkan SimplySiti di’sana. – detikHot

Pelakon Hollywood yang memang tampak kuat pengaruh politik’nya, George Clooney bakal menjadi tetamu khas di majlis kutipan dana untuk Presiden Barack Obama di Geneva, Switzerland 27 Ogos nanti. – Huffington Post

Khabar angin kini mula bertiup mengatakan penulis lagu juga penyanyi John Mayer mencuba nasib memikat hati aktress The Hunger Games, Jennifer Lawrence (gambar) ketika satu makan malam baru baru ini. – NY Daily

Beliau kata beliau tidak mahu menjadi artis. Khairul Fahmi Che Mat selepas bergelar model jenama minyak wangi, kini beliau muncul sebagai pelakon dalam drama pendek yang kini berada di Youtube. Okay, kau artis. – Murai

Kami tahu ramai di’antara anda suka melayari Rotikaya melalui iPhone atau pun iPad dan ini 53 perkara yang berubah sejak wujudnya iPhone lima tahun dahulu. – Buzz Feed

VIDEO HARI INI: Anda kaki Youtube di pejabat mahu pun sekolah mahu pun di’rumah ketika ibu bapa tiada? Ini suasana bahagian complaint Youtube kalau ianya benar benar ‘wujud’.