fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.147)

Ketika beliau mengandung, agak popular nama Jessica Simpson dan semalam buat pertama kali beliau mengirimkan gambar anak perempuan beliau berusia 8 minggu, Maxwell Drew melalui akaun Twitter rasmi beliau. – Twitter

Ingat kekecohan gambar bogel Scarlett Johannson (gambar) sedikit masa dahulu? Aktress popular Hollywood dan bintang The Avengers ini mungkin bakal menerima US$66,000 daripada penggodam yang mencuri gambar tersebut. – Splash News

Raja Azmi redha dengan hadiah yang di’terima pada hari ulangtahun kelahiran beliau semalam dengan selamat’nya lafaz cerai dari bekas suami, Jalani Sidek. Semoga yang terbaik mengiringi penerbit filem ini selepas ini. – mStar Online

Walaupun sudah 3 tahun meninggalkan kita semua, barang peninggalan mendiang Michael Jackson masih mencatat bidaan tertinggi di satu lelongan baru baru ini. – Perez Hilton

Sementara masih di’puncak populariti, gunakan peluang sebaik mungkin. Itulah yang di’lakukan oleh Justin Bieber yang secara rasmi tampil dengan pewangi badan beliau sendiri untuk pasaran khas wanita, Someday. – The New Age

VIDEO HARI INI: Seperti biasa, untuk menemani anda sepanjang hari ini kami cadangkan anda layan video muzik terbaru daripada Taylor Swift & B.O.B untuk single Both of Us.