fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.142)

Khabar angin bermula Januari lalu namun baru semalam Johnny Depp & Vanessa Paradis mengesahkan yang mereka sudah berpisah selepas bersama lebih 14 tahun. – TIME

Kalau anda memiliki telefon pintar, pasti pernah dengar akan permainan Draw Something dan sebuah program televisyen bakal di’terbitkan dengan model permainan tersebut. “Angry Bird bila lagi?”, tanya seorang teman. – The Guardian

Baru sahaja menang kes mahkamah, Kevin Costner telah berjaya di’saman oleh jiran sendiri kerana menanam pokok hiasan melebihi enam kaki & menganggu pemandangan Lautan Pasifik dari rumah jiran tersebut. Heh. – The Star

Melancarkan album terbaru beliau hari ini, Anuar Zain mengakui sudah empat tahun tidak mendengar radio kerana kecewa dengan pemilihan lagu yang di’katakan hanya berkisar genre yang sama dan tiada variasi. – mStar Online

Walaupun lakonan beliau masih boleh di’pertikai, Kristen Stewart (gambar) nampaknya berjaya menempatkan diri sebagai pelakon wanita paling mahal di Hollywood sekarang ini dengan memperoleh US$34.5 juta setahun. – US Weekly

VIDEO HARI INI: Pernah atau tidak anda tertanya kenapa burger dalam iklan McDonald’s nampak begitu sedap sehingga anda tidak sabar untuk pergi beli? Ini dia jawapan’nya.