fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.140)

Penyanyi jazz lagenda Indonesia, Harvey Malaihollo yang terkenal dengan barisan lagu yang menjadi siulan ramai bakal hadir ke Kuala Lumpur untuk persembahan khas pada 3 Julai 2012 ini di KL Performing Arts Centre (KLPAC). – Asia One

Selepas sah bercerai dengan Yoyo, Rossa nampaknya semakin sibuk dengan bidang nyanyian & perniagaan karaoke beliau yang berjaya membuka lebih 20 cawangan dalam masa setahun di seluruh Indonesia. Wow. – Kapan Lagi

Kedua dua pengacara kontroversi program Jalan Jalan Cari Makan mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak atas alasan tersendiri & khabarnya Iqram Dinzly bakal tampil sebagai pengganti bermula 1 Julai ini. – mStar Online

Pencipta genius di’sebalik siri televisyen popular True Blood, Alan Ball berkata musim yang akan datang ini bakal menjadi yang terakhir buatnya terlibat secara langsung dan percaya dengan pasukan yang sedia ada. – Chicago Tribune

Siapa tidak gemarkan berita tentang Justin Bieber ‘kan? Penyanyi remaja ini mengakui bahawa ciuman pertama daripada Selena Gomez (gambar) sekitar tahun 2010 di’dalam sebuah kereta merupakan yang termanis sepanjang hidup beliau sehingga  hari ini. Aww. – MTV UK

VIDEO HARI INI: Kalau anda peminat muzik dubstep, ini video untuk anda. Gelarkan diri sebagai The Unsung Heroine, gadis ini memainkan Cinema oleh Skrillex dengan piano. Yep.