fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.138)

Sekitar 3.45 pagi Ahad lalu, rumah keluarga Andy (Estranged) di’pecah masuk perompak dan beliau sekeluarga di’ugut bunuh jiba cuba untuk melawan. Mereka hilang komputer riba, iPad, sejumlah wang tunai & barangan kemas. – mStar Online

Nampaknya kegilaan terhadap penyanyi ini semakin menggila. Sekumpulan peminat sanggup berkhemah di Rockefeller Center untuk peluang menyaksikan Justin Bieber secara live di pentas stesen TV NBC nanti. – NY Daily

Obsesi apabila bercinta, inilah namanya. Kanye West telah membuat kesilapan apabila beliau menghantar sekeping gambar yang kata’nya Kim Kardashian, tetapi rupanya gambar seorang pelakon video porno. Oops. – The Superficial

Peminat superhero ini dari seluruh dunia mula tidak sabar menanti tayangan filem The Amazing Spider-Man yang bakal menjengah awal Julai ini. Emma Stone (gambar) & Andrew Garfield kini di Seoul untuk tayangan perdana. – Just Jared

Filem terbaru arahan Quentin Tarantino, Django Unchained menjadi filem baru dalam senarai penantian kami. Kali ini mereka melancarkan trailer edisi antarabangsa untuk tatapan umum. Lebih awesome! – The Wire

VIDEO HARI INI: Bukan video per se, tetapi ini merupakan lagu terbaru dendangan Black dan Malique berjudul Teman Pengganti yang kami ramalkan bakal popular. Dengarkan.