fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.136)

Alhamdulillah. Berkat doa orang ramai & usaha pakar perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Osman Kering sudah kembali stabil selepas doktor berjaya mencuci buah pinggang beliau pagi tadi. – OHBULAN!

Akhirnya, persengketaan antara 50 Cent & Oprah Winfrey yang berlarutan selama enam tahun berakhir selepas kedua dua mereka muncul bersama dalam sebuah rancangan khas baru baru ini. Baguslah berdamai. Lama sangat. – Huffington Post

Ini epik. Pernah terbayang bagaimana belakang tabir sebuah filem hebat kelihatan? 20 keping gambar ini akan merubah tanggapan anda terhadap filem seperti Inception, Star Wars, Titanic, Jurassic Park dan lain lain. – Buzz Feed

Sensasi pop Hollywood, Justin Bieber dan Nicki Minaj kini bergabung untuk menghasilkan sebuah lagu terbaru berjudul Beauty and the Beat. Dengarkan buat pertamakali secara eksklusif di’sini. Sedap? Heh. – Just Jared

Memang populariti mereka berlima ini memang bertaraf epik. Peminat yang berpusu pusu untuk mendapatkan tiket ke konsert Big Bang di Indonesia berjaya membuatkan server mati hanya selepas 30 saat. Wow! – allkpop

VIDEO HARI INI: Ingat dengan sekumpulan pelajar sekolah dari USA yang kerap menyanyikan kembali lagu popular dengan cara mereka sendiri? Ini Yuna berduet dengan mereka.