fbpx

Aktress Hollywood, Drew Barrymore telah selamat mengikat tali perkahwinan dengan Will Kopelman di rumah aktress tersebut baru baru ini & khabarnya pasangan ini sedang menanti bayi sulung. – Vancouver Sun

The Avengers telah berjaya bergelar filem ketiga paling berjaya dari segi kutipan box office selepas mengutip US$1.3 billion. Mendahului adalah Avatar & Titanic dengan US$2.8 billion dan US$1.8 billion masing masing. – THR

Bintang Indonesia, Nia Ramadhani (gambar) selamat lahirkan bayi perempuan yang diberi nama Mikhayla Zalindra Bakrie pada hari Sabtu, jam 7.25 pagi di Rumah Sakit Pondok Indah, Jakarta Selatan. Tahniah! – Cinema Online

Lelaki yang sentiasa di’cemburui ramai, Hugh Hefner daripada Playboy di’khabarkan telah kembali menjalin hubungan cinta dengan bekas tunang Crystal Harris. Si gadis melarikan diri ketika mereka berdua hampir berkahwin dahulu. – Huff. Post

Salah seorang selebriti yang membuatkan nama Saturday Night Live semakin di’kenali, Andy Samberg mengesahkan yang beliau akan meninggalkan rancangan itu. – Global Edmonton

VIDEO HARI INI: Filem terbaru lakonan aktor yang kini semakin mendapat nama, Joseph Gordon-Levitt Premium Rush akan menemui penonton pada 24 Ogos & ada trailer baru.