fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.128)

Selepas melahirkan anak sulung beliau, Blue Ivy sekitar awal Januari lalu Beyonce telah menjalani rutin yang sangat ketat untuk kembali ke bentuk badan asal. Hasilnya, hilang 27kg sehingga ke hari ini. – US Weekly

Kegilaan terhadap bintang remaja ini mencapai tahap baru di Oslo, Norway apabila 49 orang remaja tercedera ketika konsert Justin Bieber berlangsung sehingga datuk bandar terpaksa mengisytiharkan kecemasan di bandar itu. – TMZ

Dengan sistem baru yang menyaksikan dua filem tempatan ke pawagam dalam masa seminggu, Ketua Pengarah FINAS menyarankan supaya penerbit filem melaburkan wang lebih besar untuk filem lebih berkualiti. – mStar Online

Album terbaru John Mayer selepas tiga tahun, Born And Raised berjaya mengungguli carta Billboard 200 selepas terjual sebanyak 219,000 unit sepanjang minggu pertama keluar di’pasaran. Masih berbisa. – CBS News

Tahukah anda yang majlis resepsi perkahwinan Fasha Sandha (gambar) & Rizal Ashram akan berlangsung di negeri kelahiran aktress itu, Perlis. Dan, mengambil tempat di Tasoh Lake Resort & Retreat. Boleh terjah. #LOL – Murai

VIDEO HARI INI: Entah kenapa, saintis masih berdebat akan status Pluto sama ada merupakan sebuah planet atau tidak. Video ini menjelaskan kenapa Pluto bukan sebuah planet.