fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.127)

Dua bintang bola sepak Malaysia, Safee Sali & Aidil Zafuan akan membuat kemunculan istimewa di pentas akhir Super Spontan yang bakal berlangsung malam esok. Adakah mereka akan berlawak atau jadi bahan lawak? – Murai

Nampaknya cinta mula mempengaruhi karier Kanye West selepas penyanyi ini di’laporkan membatalkan persembahan beliau untuk bersama Kim Kardashian. Mereka datang singgah kemudian pergi begitu sahaja. Wow. – WWTDD

Khabar angin mula bertebaran mengatakan yang Paris Hilton (gambar) telah di’tinggalkan oleh DJ Afrojack yang merupakan kekasih terkini yang kita semua tahu. Jadual persembahan deejay tersebut yang ketat menjadi punca? – Splash News

Sensasi muzik pop Korea, Girl’s Generation (SNSD) telah pun melancarkan video pandang pertama untuk single terbaru mereka, Paparazzi yang bakal memasuki pasaran Jepun terlebih dahulu. – allkpop

Sebelum kelahiran, bayi Jessica Simpson ini di’katakan bakal menjadi aset paling bernilai kerana gambar’nya menjadi buruan media. Ini gambar pertama Maxwell Drew Johnson, bayi perempuan selebriti tersebut. – Yahoo News!

VIDEO HARI INI: Bercakap tentang Kanye West, video muzik rasmi untuk sebuah lagu kolaborasi penyanyi bersama Jay-Z telah di’lancarkan. Ada gajah & rusuhan.