fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.124)

Semua sedia maklum yang Lady Gaga sudah membatalkan konsert beliau di Indonesia, namun di Thailand bintang ini sempat menjenguk kegiatan hiburan oleh lady boys ketika berada di Bangkok. Heh. – Times of India

Tiba tiba nama majalah ini menjadi sebutan dek kerana pembaca mereka memilih Kim Kardashian sebagai wanita paling seksi di’atas planet Bumi ketika ini. Tanpa ragu, ZOO menampilkan imej seksi terbaru selebriti itu. – ZOO

Bercakap tentang seksi, penyanyi popular Rihanna mengambil pendekatan lebih drastik dengan terus berbogel untuk minyak wangi keluaran beliau yang di’panggil NUDE. – Celebuzz

Baru sahaja di’dakwa memandu secara merbahaya awal bulan ini, Amanda Bynes (gambar) sekali lagi terjebak dalam insiden langgar lari yang di’dakwa terjadi sekitar 10 April lalu. – TMZ

Lagi kisah dari Indonesian Idol 2012. Mulan Jameela telah di’minta oleh Anang Hermansyah untuk mengucapkan selamat hari lahir buat Ahmad Dhani sebelum di’paksa rela untuk mencium tangan bekas suami’nya itu. – Kapan Lagi

VIDEO HARI INI: Oleh kerana kami sendiri tidak sabar untuk menonton The Dark Knight Rises, sebuah video yang kami jumpa ini menampilkan hanya Joker lakonan Heath Ledger.