fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.123)

Kepada anda yang menantikan tayangan filem G.I.Joe: Retaliation, anda perlu menanti hampir 10 bulan kerana tarikh tayangan untuk filem ini telah di’anjakkan ke 29 Mac 2013 dan akan di’tukar ke format 3D. Ouch. – Inside Movies

Berita yang lebih baik. Dua video iklan TV untuk The Dark Knight Rises kini beredar di’internet dan menampakkan sedikit sisi cerah filem ini yang sebelum ini nampak seakan Gotham City sudah tiada harapan. Meoww. – Hollywood

Akibat jangkitan di’saluran pernafasan yang agak serius, Elton John telah di’kejarkan ke hospital awal hari semalam hingga memaksa bintang popular ini membatalkan beberapa buah konsert atas arahan doktor. – TMZ

Robert Pattinson dan kekasih di’dunia nyata beliau Kristen Stewart (gambar) di’lihat berkucupan mesra di sebuah majlis bersempena festival filem Cannes & awal hari yang sama, si jejaka tiba bergaya dengan bot mewah. – Just Jared

Dalam kenyataan terbaru, Fizz Fairuz mengatakan yang beliau tidak menyalahkan Almy Nadia tentang kenyataan beliau bahawa hubungan mereka kini retak. – mStar Online

VIDEO HARI INI: Kalau anda masa terluang 22 minit hari ini untuk menonton video, ucapan di majlis graduasi Universiti Harvard oleh Andy Samberg ini adalah video untuk anda.