fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.122)

Jenama pakaian kegemaran anak anak muda masakini, Uniqlo hari ini sah melantik binatng tenis ternama Novak Djokovic sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan daya tarikan jenama tersebut di’pasaran luar Jepun.- The Star

Demi memberi laluan kepada tunang untuk belajar memandu pesawat epik Airbus, Misha Omar telah mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinan beliau yang sepatutnya berlangsung September 2012 ini. – GUA

Seorang wanita Malaysia telah membuat dakwaan mengatakan pelakon Indonesia, Rizal Djibran melarikan kereta model Honda CRV milik’nya selain sejumlah wang tunai. Nampaknya semakin mesra hubungan dua negara ini. Eh. – Detik Hot

Model terkenal berusia 26 tahun, Bar Refaeli membuat satu pengakuan dalam rancangan bual bicara Conan hari yang mana tiada lelaki yang berani mendekati beliau ketika. Sedih but wait, challenge accepted! – Just Jared

Bintang siri TV Community, Alison Brie (gambar) kini di’katakan sedang hangat bercinta dengan adik kepada James Franco, Dave Franco yang juga merupakan seorang pelakon & hubungan mereka di’khabarkan sudah memasuki tempoh serius dan berlangsung hampir 6 bulan. – Huffington Post

VIDEO HARI INI: Trailer untuk filem terbaru Baz Luhrmann The Great Gatsby telah beredar di’internet & filem yang di’bintangi oleh Leornado DiCaprio, Carey Mulligan, Tobey Maguire & ramai lagi ini nampak menjanjikan sesuatu yang lain untuk kita.