fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.118)

Setelah sekian lama menyepi, Nora kembali dengan album baru berjudul Hikmah: Nora berkonsepkan kerohanian diri & penghijrahan. Nora juga kini sedang mengandung empat bulan di usia 39 tahun. Tahniah! – mStar Online

Festival filem Cannes 2012 telah pun membuka tirai awal malam semalam & karpet merah majlis perasmian di’banjiri dengan selebriti Hollywood yang hadir memberikan sokongan. Ini fesyen terbaik & terburuk mereka. – The Wire

Pemain drum kumpulan One Republic, Eddie Fisher di’tahan pihak polis selepas teman wanita beliau mendakwa di’pukul & di’kasari dalam satu pergaduhan sesama mereka. – Fox News

Popular dengan gelaran Queen of Disco, Donna Summer yang juga popular dengan lagu beliau Hot Stuff, Last Dance & She Works Hard for the Money telah meninggal dunia semalam ketika berusia 63. RIP. – The Star

Filem Snow White and the Huntsman akan ke’pawagam seluruh dunia pada 31 Mei 2012 nanti namun dua pelakon utama Charlize Theron (gambar) & Kristen Stewart kini sudah berada dalam rangka promosi di Eropah. – Just Jared

VIDEO HARI INI: Ini merupakan video di’belakang tabir filem terbaru Osman Ali berjudul Jiwa Taiko dan tertarik akan kenyataan Remy Ishak tentang adegan memeluk Diana Danielle.